Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

...BLog iNi sEkaDar InGin Berk0nGsi..... Segala Cerita Kehidupan yang dilalui ....selagi nafas belum terhenti Yang baik datang dari Allah s.w.t.. Yang lemah dari kelemahan diri

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(2:216)

Friday, November 06, 2009
Selangor ... aku kembali

 Selangor satu destinasi

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat bertukar ke Selangor . Inilah yang tertulis pada lakaran kehidupan yang perlu diteruskan. Jalan di hadapan masih berliku dan berduri. Semoga perpindahan saya mampu memotivasikan diri dan sesuatu yang istimewa pada keluarga sendiri. Malah pada sesuatu yang pernah saya rindui menghabiskan masa bersama mencari cinta di hati. Pada suami , saya akan kembali.. pada teman kita akan jumpa lagi dan pada diri, saya harap bersiap sedia menanti diuji di samping berbakti pada agama dan pertiwi.... Pada Anak murid yang di cintai... kalian pelajar Sabah sangat istimewa di hati cikgu. Tak mungkin cikgu dapat lupakan detik manis dan saat bersama anda semua. I love u so much!  Maafkan cikgu di atas segala kesalahan. Cikgu dah berusaha sehabis baik menjadi pendidik di sana. Ketika saya menaip, perasaan saya sedih bercampur gembira.  Meninggalkan kak niza, kak suria, kak fairus, kak wani yang banyak berjasa  dan menceriakan hidup saya seorang diri. Kalian saya anggap macam kakak malah kalian melayani saya lebih dari kakak saya sendiri. Detik bersama pasti dirindui..  dan tak mungkin dilupakan sama sekali. Doakan yang terbaik buat saya yer. Rasa sedih mula menguasai diri..Namun hari esok akan muncul jua... lagi dua minggu saya akan kembali ke Semenanjung...  Sabah tetap di hati...

Posted at 05:58 pm by ayusolehah
Make a comment  

Thursday, November 05, 2009
Mesej merah membara

                               Mesej Merah MEMBARA

" Hoi perempuan c_l_aka! Mulut kurang ajar, pakai je tudung labuh tapi perangai macam ahli neraka"

ini salah satu mesej merah membara yang di send pada saya tanpa memberi salam tanpa mengenalkan pengirimnya. Dayus campur pengecut itulah perkataan pertama sesuai pada dia. Ibarat membaling batu menyorokkan tangan disebalik baju dan menyorokkan diri di sebelah pintu. Apa salahnya bertanya dan memulakan bicara dengan sepotong pengenalan kata. Sedangkan di sekolah selalu terlibat dengan kempen bahasa, berbudi bahasa. Di depan bermuka-muka di belakang tak cukup ayat untuk dikata. Inikah budi bahasa, gaya seorang pendidik anak bangsa?. Kaum yang dipilih melindungi wanita. Tapi alahai,  hancur belaka jiwa kepimpinan tertanggal dengan mudah hanya kerana tidak bisa menahan marah tak tentu hala. Hanya kerana saya menemui kebenaran yang disembunyikan sehabis usaha. Ternyata kebenaran milik yang benar biarpun masa menentukan segala. Alhamdulillah terima kasih dengan apa yang di hantar. Hati ini ternyata tidak sakit kerana hati orang yang menghantar kelihatan lebih sakit dan tenat sehingga tidak terdaya menahan nafsu amarah. Ini adalah perkara biasa  bagi saya yang tidak dapat menggoyahkan suasana, tidak mampu menggugurkan airmata dan yang paling pasti tidak dapat menukarkan fakta. Anda akan diuji dengan apa yang di kata, kerana dunia bukan di bawah tangan anda. Ada yang lagi BERASA pada anda.

   Pemilik syurga adalah pilihan Allah, saya tidak gentar dengan penilaian manusia, lebih lagi yang kasar bahasanya. Semua tidak berani jaminan mampu ke sana. Hanya yang terpilih layak di sisi kekasihNya. namun kita masih boleh berusahakan?. Kerana manusia hanya mengetahui sedikit sahaja apa yang tersirat pada Yang Maha Kuasa. manusia mudah lupa, mudah marah , mudah membenci dan mudah menghukum sesama manusia.  Dan yang paling sedih lupa pada Tuhannya. Seandainya anjing diberi makanan dan diberi sedikit pertolongan . Haiwan ini masih kenal tuannya, masih kenal orang yang berbudi padanya. Namun manusia, mudah lupa saat dia terkontang-kanting tiba mengenal dunia.  Lupa pada penciptaNya.  hadir di sini tiada apa. Dengan izin Allah  ada manusia yang bersimpati, menolong dan melayan seperti saudara mara. Namun bila harta , pangkat mula menghiasi diri. Jiwa semakin menjadi-jadi bertukar sehabis rupa. Manusia yang berjiwa bersih, fitrah yang baik bertukar menjadi manusia bertopengkan syaitan. Hidup dengan penuh berpura-pura, kata-kata hebat  kosong berputar -putar mengalah pusingan bumi semesta, fakta dibelit belit seperti ular makan mangsa tanpa mengenal usia. Dan yang paling sedih. Agama menjadi mainan kata sesedap rasa. Dia  (orang yang hantar sms) tu agama apa ya ? Mesti ramai yang tertanya-tanya. Orang yang berani memberi mempermainkan  neraka dengan tuduhan sebegini rupa. Adakah pasti kamu pemilik syurga ?  Sama-samalah kita berfikir sejenak. Adakah kamu? sedangkan kamu sendiri tidak berjaya menegakkan tiang agama.  Membenci sesama agama. Cakap berdusta-dusta. janji tidak pernah dikota. sentiasa mengadu domba dan kuat meyebarkan fitnah. Tidak berniat menuduh tanpa soal periksa. Dan kebodohan sentiasa, semakin terpampang di wajah walaupun berpura-pura menunjukkan kepandaian setiap masa. Dan golongan inilah yang gila mengejar takhta dunia. Menghiasi barisan pertama dalam pentas  wayang sandiwara dunia. Merangkul Pemenang anugerah survival dunia ( kalau ada la ).  Semoga Allah memberikan kebenaran dan hidayah pada jiwa seperti mereka. Saya juga tidak berniat menghukum sesiapa. Hanya sedikit renungan untuk di renungkan bersama. Kerana mata yang membaca sama rapat dengan tangan yang menaip untuk di baca. ( Musahabah diri sendiri ). Saya menulis selepas anda menyerang tanpa peluru.  Dan ramai manusia yang sentiasa memakai baju kalis peluru.. Semoga kesabaran saya masih tebal biarpun diasak dengan ujian sebegini rupa kerana saya manusia biasa

   Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum dan tidak makan dengan hasutan orang yang lemah begini. Saya harap golongan sebegini tampil berbicara, guna cara berkhemah,ruang yang sesuai dan mempunyai kebebasan berkata-kata. Tolonglah,  tonjolkan kelakian berjiwa bapa supaya tidak mengundang bahaya. Kerana sepotong sms bila di bawa ke medan pengadilan, mahkamah dan sewaktu dengannya kalau tidak kena gaya.  Jadi berhati-hati menggunakan bahasa. Hentikan bermuka-muka. Dan hentikanlah menunjukkan perlakuan  dengan perkataan yang tidak menggambarkan pemimpin kaum wanita. Tanpa menunjukkan rupa. inikah ciri-ciri pemimpin muda?

   Saya tidak mengharapkan apa-apa, sepotong ayat memohon maaf ... terpulanglah ...... kerana saya lebih suka memberi dari yang menerima. walaupun apa yang saya terima, sakit yang dirasa, Ini bukan kes pertama pada saya. Dan saya juga pasti bukan yang terakhir. Alhamdulillah  saya bersyukur kerana saya masih dikurniakan nikmat yang tidak terhitung dengan ribuan abjad di skrin depan mata, saya muhasabah diri dengan Pencinta kita diatas mesej merah membara ini.  Memperbaiki yang terkurang. Meneladani yang tersasar dari paksinya.  kalau dah bersalah, mestilah  lebih terasa kan?

    Diam bukan bermakna kalah atau salah. .kerana hidup saya tidak berorientasi apa yang ada di dunia. Saya tidak mahu sesakkan dada, sempitkan minda. Terpengaruh dengan propaganda dan melayani mesej pengecut sebegini rupa.  Kerana kemenangan akan jua terbongkar. kebenaran akan kelihatan juga. Kita tunggu masanya. Sudah tertulis kebenaran milik yang benar. Saya tidak memberikan maaf secara percuma.  Golongan "Kacang lupakan Kulit' tidak kemana-mana. begitu juga yang bermuka-muka.  Saya tidak berdendam sia-sia pada sesiapa. Saya percaya dengan janji yang MAHA KUASA.  Orang yang sakit akan sentiasa cuba menyakitkan orang lain dengan berbagai cara.  Dan orang yang menang, tenang luar biasa mentransferkan dengan bijaksanaan.  Kerana kemenangan akan juga tertera Di sana. Itulah hebatnya DIA, Menyediakan platform yang lagi adil dan saksama  pada yang teraniaya di sebalik kehidupan dunia yang penuh helah tipu daya. Dunia tidakla sebesar mana, pusing-pusing jumpa juga. Jadi sentiasalah berwaspada. CCTV Allah sentiasa bernyala, merekodkan segala-gala untuk di tonton bersama. Jadi pilihla watak yang baik. Walaupun ramai yang berjaya dengan hebat sekali melakonkan watak antagonis.   Ingatlah sentiasa. Doa orang yang teraniaya adalah diantara doa yang diangkat tanpa hijab.

Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahuakbar!

 lailahaillaantasubhanakainnikuntaminazzolimin.(doa bila kita dizalimi) amin ya robbal alamin.

Posted at 05:21 pm by ayusolehah
Comment (1)  

Thursday, October 29, 2009
kerinduan pada teman

Kerinduan Pada teman

 

Dari hari pertama aku melangkah keluar dari kampus diri ini seolah keluar dari  rumah sendiri. Menghabiskan masa 6 tahun lebih hanya menanti pengiktirafan bergelar seorang guru siswazah. Tempoh yang hampir sama untuk seseorang pelajar melengkapkan diri sebagai seorang doktor perubatan .6 tahun menghabiskan masa mendambakan diri sebagai pelajar, demi segulung cita-cita, sebuah harapan seorang bonda, kugagahkan jua.  Hidup dipenuhi dengan kuliah dan aktiviti studio. Suka duka bersama kehidupan di asrama akasia yang dipenuhi oleh aktiviti kolej. Melakukan aktiviti berkumpulan dengan teman yang sebaya dengan diriku. Kerenah tetap ada namun tidaklah kronik bila aku jejakkan diri di alam pekerjaan. Mungkin usia yang tidak jauh berbeza  bisa melunturkan ego sesama sendiri.

           

 

         Masa belajar lama ku rasa. Semester akhir ketara kepenatan dan kebosanan terpampang pada muka kami semua. Ibarat menanti saat –saat laungan merdeka.. Thesis disiapkan sepuas rasa secukup daya. Hati mula gundah gulana. Menanti detik detik perpisahan dengan teman seperjuangan yang telah lama mengisi ruang di hati. Ada juga yang girang gembira menghitung hari melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati yang sudah lama setia menanti . Hilang segala penantian meyusul pula satu debaran.

 

            Minggu pertama berbaur kesedihan .Satu persatu kawan hilang dari pandangan. Beransur meninggalkan Shah Alam menuju kampung halaman. Air mata jatuh berderai tatkala kak ju, Fiza dan Sue meninggalkan Shah Alam. Hilang segala tawa hilai  muncul pula satu perasaan menghadapi perpisahan sedih bercampur duka . Sedih tidak terkata, segala kenangan semua diabadikan , surat dilayangkan, gambar dalam komputer dijadikan tatapan. Kata kata semangat di lontarkan supaya masing-masing diberi kekuatan menempuh alam baru sebuah kehidupan.

 

            Masih ku teringat detik-detik bersama, meneroka kampung orang asli demi sebuah perbentangan, Beramah mesra dengan orang kurang upaya untuk diasignmentkan, dan yang paling best... Bersengkang mata demi menyiapkan setiap tugasan. Macam macam aksi dan gelagat mencetuskan kontroversi antara kami.  Tak kurang juga, apabila tiba detik yang paling mendukacitakan, lagi mencemaskan mereka jugalah yang menjadi teman.. pendengar setia , pendorong semangat dan juga teman segala keadaan.. Menghadapi hari-hari ditinggalkan oleh si jantung hati... Satu demi satu giliran kami merasa detik yang tragis. hahaha kelakar plak bila diingati..bangkit selepas sebuah kegagalan dalam perhubungan. .Namun kami masih setia walaupun di asak pelbagai cabaran demi sebuah persahabatan tanpa sebarang pergaduhan.

 

            Aku sudah berteman , Sue dan Kak ju menanti di satukan, Fiza sudah berakhir pencarian. Bila agaknya kita akan dipertemukan . Sama gelanggang tetapi lain kawasan. Aku dan Fiza di negeri di bawah bayu, satu negeri namun sehingga kini masih belum dapat bertemu. Sue pula di Selangor , Kak jue pula setia di Kuala Kangsar tempat pilihan. Semoga kita dapat bertemu, menamatkan ruang rindu tempat bertamu. Terima Kasih atas sebuah persahabatan. Semoga hubungan persahabatan akan berkekalan sepanjang zaman.

Posted at 07:18 am by ayusolehah
Make a comment  

Thursday, October 29, 2009
BERprogram

                            bErPOgRAM

 

      Alhamdulillah minggu lepas, masih lagi minggu peperiksaan Excel 2. Pelajar calon SPM sudah kelihatan berdebar menghitung hari menduduki peperiksaan.. Saya doakan semua anak murid saya yang bakal menduduki peperiksaan dapat melakukan persiapan terakhir dengan baik sekali. Saya terlibat dengan 2 program. Program melukis dan program ceramah... ini adalah kali pertama berprogram  berhadapan dengan ratusan pelajar PMR . Sudah lama saya tidak terlibat dengan program besar. Selepas memegang status guru. Saya mengadakan bengkel melukis  bermula dengan tayangan dan juga latihan melukis. Bengkel melukis yang memerlukan perhatian , pemahaman dan perlaksaan dengan menggunakan bermodalkan pensil dan kertas kami mulakan acara. Permulaan awal kepada pelajar untuk menjadikan atau mengangkat seni lukisan sebagai aktiviti harian / hobi daripada menghabiskan masa berlalu begitu sahaja.. Alhamdulillah di akhir pengajaran pelajar dapat mengasah bakat melukis tanpa disangka-sangka.   

         Lakaran  pada sekeping lukisan mampu membuatkan hati saya  bersyukur lega, bernafas gembira. Objektif bengkel ini tercapai! Alhamdulillah. Semoga usaha kecil ini dapat menyunting semangat awal pelajar yang bercita-cita menjadi arkitek, pelukis pelan, Lasnskap Designer, Interior Designer,Graphic Designer, Dan apa jua cita-cita yang memerlukan kreativiti melukis. Thanks Allah ..kerana kurniaan yang tak ternilai pada diri yang kerdil ini. . Tak lupa pada suami dan sahabat yang memberi kata-kata peransang tatkala diri mengadu kerisauan dan tetakutan kecil. Terima kasih pada kakak kanak dan abang-abang yang merupakan cikgu senior yang memberi peluang dan semangat menjayakan bengkel kecil ini.

            Pada keesokkan hari, saya terlibat dengan ceramah motivasi kepada pelajar, dengan tajuk membina cita – cita cemerlang, saya hanya mengupas faktor yang akan menggapai sebuah  angan-angan menjadi satu impian yakni cita- cita .Supaya pelajar lebih fokus dan memberi tumpuan.. Saya banyak menyentuh peranan memilih kawan, memandangkan umur pelajar yang mendengar, menjadikan kawan sebagai ratu di hati mereka.. Dan kebanyakkan pelajar, walaupun yang mempunyai latar belakang yang baik, kefahaman agama yang cukup tersungkur dengan godaan nafsu bermula dari pujukan seorang kawan.. tatkala ibu bapa sibuk mengejar kebahagiaan dunia dalam pencarian rezeki. Dengan ilmu dan pengalaman yang cetek, berbekalkan presentation yang ringkas saya memulakan bicara. Perasaan berdebar menemani diri.. saat memberi ceramah sangat berbeza dengan Presentation dalam kelas sewaktu saya menuntut ilmu satu ketika dulu. Ribuan mata memandang...Memandang dengan penuh pengharapan. Bait-bait ayat perlu disusun kemas supaya tidak tersasar dari topik, ketawa tidak perlu berlebihan , unsur sense of humour perlu diselitkan sedikit sebagai iklan tatkala suasana pendengar menunjukkan reaksi keboringan. Eye contact perlu adil pada semua..Susahnya rupanya untuk menjadi seseorang yang mampu menarik perhatian untuk mendengar. Tidak cukup dengan hebat berkata-kata.. intonasi percakapan, memek muka, Semangat penceramah dan juga cerita pengalaman sebenar adalah rempah utama diperlukan untuk menyedapkan lagi sesuatu ceramah .. Benarlah kata pujangga.. Pengalaman adalah guru yang terbaik.. 

semoga pengalaman saya yang kecil ini mengorak langkah .    

            Alhamdulillah, sedikit pengalaman mengadakan usrah kecil dan juga presantation dalam kelas sangat membantu. Pada sebelah petang saya bersama seorang ustazah mengadakan tazkirah kecil bersama pelajar-pelajar perempuan .. Kerana sayangnya pada mereka kami memilih tajuk kepentingan menutup aurat sebagai perisai diri sebagai tajuk pada hari tersebut. Sengaja kami memilih tajuk ini kerana masalah penjagaan aurat yang tidak kena cara  dan juga faktor hilangnya sikap malu pelajar perempuan muslimah masa kini.. Alhamdulillah kami sedaya upaya menggunakan pengalaman praktikal, kisah2 teladan juga ayat-ayat Alquran untuk mengindahkan lagi  tuntutan dan kewajipan menutup aurat. Alhamdulillah  perkongsian kecil kami diharap mampu meresap sedikit dalam hati kecil mereka supaya kembali berfikir dan praktik kembali seruan menutup aurat sebelum diselimuti oleh kain putih! Tidak berniat menunjuk baik atau memuji diri.. sekadar berkongsi dan mengajak pelajar ke arah kebaikan daripada melihat, mengata tanpa sebarang usaha.. Supaya tatkala bertemu dengan Pencipta, ada juga tindakan dan perlakuan ke arah menyelamatkan daripada membiarkan kejahatan dan maksiat berleluasa tanpa sebarang usaha...Ada juga suara kecil mempertikaikan penglibatan guru seni seperti saya dalam aktiviti di luar pembelajaran. Namun tugas dakwah bukanla pilihan seseorang, ataupun dengan bahasa lain  bukan hak mutlak ustaz dan ustazah di sekolah .

             Hakikatnya kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab semua  pemilik tiket ke syurga.. kepada jiwa yang mengakui kewujudan Allah dan rasul melalui lafaz syahadah... Bersamalah kita berfikir dan selamat beramal.

Lakukan Sesuatu untuk selamatkan anak bangsa!

Posted at 07:08 am by ayusolehah
Make a comment  

Wednesday, October 28, 2009
Mengejar Pernikahan

                                          Mengejar Perkahwinan..

            Sengaja saya letakkan tajuk ini supaya lebih terang  lagi bersuluh makna tersirat. kutujukan khas pada saudara, sepupu, sahabat yang sedang berjuang mengejar perkahwinan. Maksudnya ingin mengakhiri hubungan terlarang kepada hubungan yang diberkati.  Menempah alam pernikahan. Tidak berniat bangga dengan pernikahan yang hampir mencecah setahun. Terlalu awal bagi saya. Sehingga kini masih menanti dan menghadapi  gelombang alam rumahtangga.  Dan sentiasa memohon kekuatan dari Ya Rahman untuk bertahan & memohon di beri masa untuk menghiasi rumah tangga dengan cahaya cinta sebelum bertemu pencipta.  Saya cuma sekadar memberi pandangan, luahan & juga sedikit nasihat.  Sebagai tanda kasih , sayang sesama saudara. Ahlan Wasahlan. Ramaikan ahli kelab pernikahan. Pernikahan yang mampu yang menitiskan air mata syaitan. Semoga niat suci anda diredhai dan diberkati.amin

            Bermula dengan niat . kita pasti teruja dengan ujian yang diberi. Alhamdulillah kerana memiliki rasa & berniat perkara yang baik.  Supaya dapat mengasah kemampuan diri dan melengkapkan fitrah naluri yang ingin dicintai dan disayangi di medan yang sebenar. Memasuki arena rumahtangga & Mengiktiraf hidup ke arah yang lebih mulia. Niat yang baik mampu memberi permulaan yang bagus.. Namun niat yang baik sahaja tidak menjanjikan kesudahan yang baik  seandainya di pertengahan kita cemari dengan  tindakan susulan  yang tidak naik di mata Pemilik semesta.. Semoga kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah. Kerana Dialah Yang Mengetahui segala-galanya.

            Pemilihan calon & cara berhubung juga di ambil kira. Bukan mudah untuk menjaga hubungan yang dilarang keras oleh sisi agama. Memilih calon suami atas dasar apa?  Rupa, gaya, harta atau kerjaya semata-mata.. Atau pemilihan agama menjadi tonggak utama. Tepuk dada tanya iman di dada, jangan di tanya selera.. Selera pastinya selaras dengan nafsu yang membara seiring dengan cinta yang mekar di jiwa. Kerana dia adalah empunya yang akan menjadi ibu / bapa kepada waris kita, pendukung agama. Memilih seseorang yang Beragama namun tidak mengenal siapa Tuhannya. Mampukah dia bertakhta di alam rumah tangga dengan gelora badai yang akan melanda. Namun segala-galanya lebih kepada diri kita. Kepada sesiapa yang ingin berkahwin siapkan diri anda, Solehkan diri anda sebelum mencari jodoh yang soleh / solehah. Teropong iman anda sebelum cuba meneropong iman pasangan anda. Insyaallah Allah akan bagi pasangan yang terbaik berpadanan dengan kadaran iman kita.

             Tiada manusia yang sempurna, itulah kekurangan pemilik hati yang bernama manusia. Namun masing-masing diberi  masa, peluang pemilihan mengikut  kemahuan bukan? Jadi pilihlah yang beragama & menunjukkan ciri –ciri kearah kebaikan. Lebihkan membuat pilihan menerusi luahan di dalam doa. Kerana Allah Pemilih terhebat lagi tepat. Sedarlah, Setiap manusia diberi masa & peluang yang sama untuk menceburkan diri kearah kebaikan.. Fitrah manusia dekat dengan kebaikan namun seandainya kita hidup bertuankan nafsu,  bertemankan keinginan ditambah pula dengan hasutan syaitan maka pincanglah suasana kehidupan. Disinilah ramai pejuang gugur sebelum pertandingan iman.

                Seandainya sudah mempunyai calon yang sesuai bersegeralah anda mengakhirinya.. Rajinkan diri sujud &doa.. Hiasi hari –hari anda dengan solat hajat, solat istikharah selain minta pendapat orang-orang yang dipercayai imannya.. teruskan meminta -minta Pada Allah sepenuh jiwa supaya ditenangkan hati membuat pilihan, membulatkan tekad.  Jangan berpandukan kehendak kita semata-mata kerana orang yang bercinta sering kali dikaitkan dengan buta.. Buta melihat kebenaran, kerana anak mata telah diselaputi cinta, & mabuk asmara oleh syaitan .  Segalanya Serba indah dicantikkan oleh touch up make up syaitan laknatullah. Seandainya anda hiasi mata anda dengan cahaya keimanan insyallah, pasti dapat mengatasi rasa & tindakan yang tidak sepatutnya. Cubalah jaga perhubungan, menahan diri dari terus memancarkan cahaya cinta.. Menterjemahkan rasa kasih & cinta melalui perbuatan & ayat-ayat cinta..Jangan buat seperti dunia ini milik anda berdua selama-lamanya… Halal bagi penghuni hati istana cinta, namun haram disisi Dia.. Enak yang dirasa namun sekejap Cuma..

            Permulaan yang baik belum menjanjikan kesudahan yang baik.. Segala-galanya Kuasa Allah Taala..Apatah lagi permulaan yang tidak baik.. Fikirkanlah!! wahai pemuda pemudi di luar sana…. Janganlah menjadi mangsa cinta. Menyerahkan segala-galanya sebelum pernikahan menjelma,  dan akhirnya dia meninggalkan kita tanpa sebarang bicara.. kalau mampu ke gerbang pernikahan .. alahai, segala rahsia diri & sesuatu yang teristimewa menjadi tidak seistimewa mana…kerana sudah di dedahkan sebelum masanya.

            Ketahuilah wahai para wanita diluar sana makhluk yang bernama  lelaki , seorang  yang mementingkan kualiti dari kuantiti ,perhatikan dari sekecil kecil barang ke sebesar besarnya, kualiti menjadi pilihan & citarasa mereka. Berjenama, sempurna di pandangan mata,  tahan lasak  dan tahan lama.  Nah,.. ini pilihan barang. Kalau pilihan isteri, takkan memilih begitu saja, untuk setia ke hujung nyawa, memadu cinta dan berkongsi rasa... Fikir-fikirkan la!. Suami saya turut bersetuju dengan pendapat saya. Pernah satu ketika ada pelajar menelefon menangis di tinggalkan kekasih hati, bila sudah berpisah baru dia tiba-tiba  sibuk  menerangkan perancangan kawin yang dia impikan.  kebetulan saya bersama suami dalam kereta. Sebaik selesai memujuk dia, Suami saya berkata," kalau i pun fikir dua kali,nak buat isteri". Saya kehairanan. " kenapa? kan diorang lama bercinta, saling mengenali, ibu bapa 'meredhai' pasangan yang dicari. Macam-macam persoalan berlegar di kepala.  Suami saya melihat saya  "mestilah nak buat bini, ingat senang laki nak buat keputusan kawin, "  dia menambah lagi "bukan dengan semua perempuan lelaki boleh memutuskan keputusan nak kawin  tau ".  Saya pun berfikir sejenak. Ada kebenaran terselit pada kenyataan yang diberikan. tak semua lelaki mampu dan berani memilih keputusan berkahwin dari membiarkan diri menjadi mangsa cinta. Kerana selepas berkahwin cinta & tanggungjawab dipikul seiring  bersama. 

            Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah, dia (suami saya ) dengan izin Allah, berani memperjuangkan semangat & keberanian demi mendapatkan sebuah pernikahan.  Di saat ramai yang  lebih mempertikaikan kemampuan dari menyahut cabaran. Alhamdulillah,Redha Allah yang kami syukuri,redha hati setiap manusia susah kami perolehi,lengkapi&penuhi. Percintaan sebelum perkahwinan indah dan mengasyikkan tetapi ingatlah percintaan selepas pernikahan mampu memberikan lesen dan lampu hijau untuk terus menterjemahkan cinta dan kesih sayang dengan rasa ketenangan tanpa sebarang dosa, seandainya kita mengenal Pencipta melebihi segalanya. Jadi, Elakkan diri menjadi mangsa cinta kerana mangsa cinta akan bertukar  menjadi  Sampah Cinta ! sampah  yang menghasilkan bau yang tidak enak .. Dan bau itu akan terpalit pada diri selama-lamanya seandainya anda tidak basuh dengan pencuci Taubat Nasuha.. Jadi peliharalah perhubungan..Kurangkan pertemuan & perbualan yang tidak diperlukan supaya lebih terpelihara hatinya.  Insyaallah jika tertulis jodoh diantara yang membaca dan dia, pasti hari bahagia menjelma tiba.  Ingatlah Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik ( semak surah An nur ayat 26 ) sebagai rujukan

            Ramai yang gagal mengemudi cinta pertama ke gerbang pernikahan . Kerana cinta yang didirikan berdasarkan keinginan dan rasa tanpa matlamat pernikahan pasti kecundang di pertengahan. Kehadiran  dia tertulis sebagai ujian pada kita, Hadirnya sebagai persinggahan cuma .Namun rugilah kita berlebih lebihan mentafsirkan cinta, berabis dengan cinta pertama atau cinta monyet  yang masih samar dan kabur dek awan yang tebal. Rugi perasaan, airmata, masa dan wang yang dilaburkan dalam pasaran saham cinta yang tidak sepatutnya. Rugi melebihi keuntungan semasa.

               Carilah pasangan yang tidak menghalang perjalanan cinta anda pada Allah, meyemarakkan kehidupan anda dari gelap kepada cahaya takwa.. Mampu bergandingan dengan anda, Bertatih –tatih bersama anda mencari cinta mengenal Tuhan dan kekasihNya.  Dan mampu memakaikan pakaian takwa pada kita. Pastinya kita tidak mampu memastikan adakah si dia layak untuk kita…. Insyaallah serahkan pada yang  Maha Kuasa . Kerana Dia yang mengetahui segala galanya dan sentiasa memberi yang terbaik pada kita. Dan kita,  cubalah jadi pasangan yang baik.. Insyaallah seseorang yang dekat dengan Allah adalah seorang yang meletakkan dirinya menjadi seorang yang berharga dan sentiasa dihargai kelak. Jadikan diri kita sebagai seseorang yang berharga.. Jangan jadi Murah tidak kena gaya ( tindakan tidak sepatutnya pada pasangan sebelum kawin  ) ….Kerana yang murah , senang didapati, tidak tahan lama dan pengiktirafannya tidak gah seperti yang berharga..Harapan pada pernikahan  sudah tentunya indah- indah belaka.. Doakan yang terbaik ya!

            Hargailah & siapkan diri anda  dengan bekalan ilmu secukupnya semoga lebih bersedia dengan ujian yang tersusun menanti tiba. Pohonla kekuatan dari Yang Maha Esa. Semoga perjalanan anda mendekati pernikahan di permudahkan dan di percepatkan amin. Dan hadapi proses kearah perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Tiket Pertunangan bukan tiket kebebasan sebelum waktunya.Jadi awas, berjaga-jaga.. Jangan sampai dipercepatkan tarikh nikahnya. Kawallah perbelanjaan dengan bijaksana supaya terancang  dan tidak memening kepala selepas berumahtangga. Elakkan pembaziran , hadkan keinginan, highlightkan keutamaan.

             Jadikan Perkahwinan sebagai medan pahala  supaya tidak kita mengabdikan kehidupan rumahtangga sebagai pusara cinta.  Jadikan Syariat Allah panduan segala-galanya. Insyaallah hidup tenang sentiasa walau diasak dengan ujian pancaroba.Semoga cinta ke arah perkahwinaan ini meluncur laju & menjadi jambatan ke destinasi syurga yang abadi.. amin 

Posted at 09:29 am by ayusolehah
Make a comment  

Monday, October 12, 2009
Adik adikku

Disebalik saya meneruskan xtvt membongkar laptop  pertama saya sebelum beralih ke laptop baru saya temui satu penulisan yang agak lama tersembunyi di sebalik kesibukan saya satu  ketika dulu sehingga tak sempat dipublishkan.. Kata-kata terakhir pada adik sehalaqah sebelum mereka terbang meneruskan penggembaraan mereka dalam mencari ilmu yang akan dinokhtahkan sebagai cita-cita.                                            

                                           Assalamualaikum..             

                        

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.... Syukur ke atas segala kenikmatan yang diberikan dari Nya kepada diri ini yang sentiasa di uji dengan ujian yang insyaallah ku pohonkan agar ia dapat menambahkan kecintaan ku kepada DiriMu Ya Rabbi. Tuhan yang menjadikan langit dan bumi yang menukarkan malam kepada siang dan yang memberikan kesempatan diri ini bernafas dan menaip untuk kali ini.. ..Subhanallah, Walhamdulillah,walailahaillallah,wallahuakhbar....segala Hanya puji Bagi Allah....Tuhan Semesta Alam   

                                                   

            Alhamdulilllah tidak terlewat rasanya diri ini mengucapkan tahniah kepada adikku yang menjadi permata hati semasa keberadaan aku di Akasia... Sa'a. Syaz, Dila, Aimi, Khadija, Sue, Izzati, Syida .... tak lupa juga pada ieka dan nabila.. Wahai adik- adikku.. Walau apa pun keputusan yang diterima .. Itulah manifesto yang tercatat sejajar dengan kesungguhan , usaha  dan yang pastinya segala-galanya terjadi dengan izin Allah. Perjalanan hidup adik-adikku tidak terhenti di situ, selepas ini pasti ujian –ujian yang lebih hebat akan menyusur sesuai dan berpadanan dengan keimanan masing-masing.. Semoga adik-adik sentiasa dalam keadaan bersedia, dalam erti kata lain siapsiaga .. Semoga Ukhwah kita akan terus dipanjangkan berteraskan dakwah. Semoga kita saling mencintai keranaNya.. Dan semoga kita pasti akan bertemu lagi .. InsyaAllah.        

                                                                                 

            Wahai Adikku, rancanglah dan usahakan lah kehidupan kita sehabis baik, Kita hanya Merancang  Dia Yang menentukan sesungguhnya Allah Sebaik-baik Pengatur.... Orang yang berjaya adalah orang yang berstrategi dan merancang sebagaimana Rasululullah dan para sahabat yang mengatur perjalanan dakwah mereka sehingga menukarkan zaman zahiliyah kepada Zaman yang bertamadun yang disinari dengan pancaran cahaya sinaran agama sebagai tonggak pentadbiran..MasyaAllah...Masih ingatkah peta kehidupan yang adik-adik lakarkan sedikit masa dahulu .. Semaklah kembali.. Selepas ini adik-adik akan mengorak selangkah lagi meninggalkan zaman di Akasia ..... Dalam surah Arr- Radd Allah berfirman; Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya... Jadi sama-samalah kita mengatur dan merancang kehidupan dengan sehabis baik.. Do the best let Allah do the rest. Manusia tak pernah merancang untuk gagal, namun manusia yang gagal adalah manusia yang tidak merancang. 

                                                           

          Adik-adikku, Walaupun kita berjauhan, semoga kerinduan dan ingatan kita kepada satu sama lain diiringi dengan doa yang baik-baik. Iman pasti ada surut dan naik... Iman tidak bersifat statik dan kekal maintain.. Jadi sama-samalah kita doakan semoga kita semua dalam keadaan yang baik dan memiliki keimanan yang mantap biarpun kita mahupun saudara kita yang lain diasak dengan ujian yang tidak kenal erti henti... Adikku, segala memori yang kita cipta bersama menjadi suatu kenangan yang terindah, perkongsian tentang kehidupan dan kematian, perkongsian tentang insan-insan yang hebat yang menjadi penghuni syurga, .. Rasanya seperti baru sebentar kita melayari kemanisan dalam tarbiyah namun perpisahan jua yang diberikan .Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi kita olehNya.. InsyaAllah,

                          

Maafkan diri kakak ayu  yang seandainya ada kesalahan dan kesilapan dari segi perbuatan dan kata-kata, halalkan segala makan dan minum.... maafkanla diatas segala-galanya..Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang lemah dan banyak melakukan dosa,, Astaghfirullahalazim...doakan diri ini menjadi mujahiddah solehah yang mantap sebagaimana yang tertera pada nama blog ini.......doakan diri ini dapat menjaga izzah muslimah....Insyaallah.. 

                      

            Wahai adikku, kerinduan pada mu amatlah menebal namun diri ini hanya mampu berdoa dan menghantar sms, diri ini sedih kerana tidak memberikan perhatian yang penuh pada kalian sewaktu kita tinggal bersama di Akasia. Maafkan diri ini kerana kesibukan dan kealpaan diri ini dengan tugasan di dunia yang tiada kesudahan   

                                  .

            Adik- adikku yang baik pekertinya, didoakan terpelihara akhlaknya, imannya jauh lebih baik dari diri ini, sesesungguhnya walaupun persaudaraan kita hanya berlandaskan agama., ketahuilah adik-adikku diri ini menyayangi diri mu sebagaimana adikku sendiri.. Semoga kita saling cinta, mencintai, dan saling nasihat menasihati ....................

Posted at 08:14 am by ayusolehah
Make a comment  

Wednesday, October 07, 2009
Zuriat

 

 

 

ankara ü.dikab yerkoy orhan ... Baby Needs

Comelnya.. Anak siapa la ni?

 

Pertanyaan sering singgah, menerjah di telinga selepas kaki ini melangkah ke gerbang pernikahan.. Semakin hari semakin bertambah bilangan soalan.. namun aku hanya menguntum senyuman, tak kurang  juga yang menjadikan isu ini sebagai lawak jenaka di tempat kerja…Bagi mereka tentunya suka sehingga mentertawa.. dan bagiku  semua ini terlalu biasa yang tak mampu buat ku berduka mahupun suka…Terima kasih di atas perhatian semua. Namun pada yang  terlalu bertanya aku jadi hampa.. Hampa kerana  kesibukan dan kepedulian  mereka  hingga menghimpit dada sesak  sehingga sesak ku rasa. Ada juga yang rajin mencipta alasan dan cerita kenapa kami  masih berdua… Alahai, macam tak ada kerja..

                Zuriat adalah kurniaan ataupun rezeki pada setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Malah zuriat juga dipandang sebagai penyambung keluarga, waris harta.. namun pada ku ia adalah amanah dan tanggungjawab setiap manusia yang bergelar ibu bapa.. Selain dianggap sebagai simbolik cinta, meneguhkan ikatan cinta belahan jiwa..Tak kurang juga dihadirkan anak sebagai ujian bagi dirinya.

                Ramai  yang mentafsirkan pemberian anak sebagai kejayaan awal bagi melengkap institusi keluarga, malah ada juga dengan bangganya mengilhamkan bilangan anak sebagai modal bercerita… ada juga yang mengenali anak melebihi Pencipta.  Oleh kerana aku bekerja di sekolah, Maka tak  hairan lah soalan anak terus  menjadi bualan oleh teman berbicara. Macam-macam bentuk soalan diajukan padaku tentang anak.. Aku tak nafikan ini adalah pertanyaan biasa, namun jika aku dihidangkan soalan sama diasak-asak dengan nada yang meruntun jiwa aku jadi lemas dan tidak selesa. Kerana bukan semua kita boleh berkongsi  bercerita…

                Alangkah ruginya kita menutup  pencarian kehidupan kita dengan anugerah cahaya mata, tak kurang juga yang menjadikan alasan untuk lebih berjaya..menyekat masa untuk mengisi jiwa dengan ilmu luar dunia. Tak kurang pula yang melepaskan tanggungjawab sebagai penjaga , lalu membiarkan saja anak mencari jalan hidupnya.. hanya memenuhi tuntutan fizikal mereka.. dan terus membiarkan anak remaja terpinga-pinga mencari makanan penghias jiwa…. Lalu hiburan mengisi ruang kosong yang ada. Teman menjadi hakim dan saksi tatkala masalah mula menjelma. Hebatnya ujian ibu bapa masa kini berbanding dahulu kala.. Sebab  Itulah masalah keluarga menjadi punca utama masalah anak remaja di sekolah yang semakin memeningkan kepala dan menyemak dunia.

                Di awal perkahwinan aku juga pernah teruja menanti  saat kehadiran orang ketiga….namun kejauhan dan kesingkatan masa tidak menjadikan  anak sebagai agenda utama kami untuk bercerita. Bukan tidak berusaha ataupun kecewa.. Cukuplah ku simpulkan Allah mengetahui segala-ganya. Insyaallah doakan yang terbaik  untuk  kami dari Pemilik segala CInta.. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa. Hidup bertemankan anak yang soleh lagi solehah menjadi dambaan semua … permata hati, pengubat jiwa tatkala duka dan penyambung agama bila sudah tiada

Buat Ida, Are, Hani, Puan Aida, k.fiza dan kepada Sahabat yang sedang berbadan dua.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Sabarlah dengan jihad kecil anda..Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah .. Amin

Posted at 11:24 am by ayusolehah
Make a comment  

Tuesday, October 06, 2009
Demi Masa

Kita mencari masa atau Masa mencari kita Ep 1

 

Demi masa,

Sesungguhnya manusia kerugian,

Melainkan yang beriman dan beramal soleh

 

serta saling menasihati kepada kebenaran

dan saling menasihati untuk kesabaran

surah Al asr….

 

Hidup berumah tangga menguji kehebatan penghuninya untuk berbicara tentang masa.  Kalau tak percaya tanyalah sesiapa yang mempunyai keluarga. Dari suri rumah sehingga yang bekerjaya. Semua akan bercakap benda  yang sama tentang masa  = 24 jam = cepatnya , kejapnya malah saya juga turut terlibat dengan ungkapan ketidak puasan hati  tentang masa akibat kegagalan menjadi penggemudi  masa yang berjaya, tidak cukup dengan jam tangan, hand phone dan jam dinding.. malah makin tak cukup-cukup masa..

Bagi yang bujang teringin sangat ingin berumahtangga, malas nak buang masa membujang, dan bagi yang berumahtangga sentiasa mengimbas zaman bujang dan asyik2 berkalau2 …..kalaulah aku bujang macam si polan2……bila dirundung masalah masa dan kesibukan yang tidak mengenal erti henti! Fuh………… begitulah kita…sentiasa mencipta pelbagai alasan untuk menjawab setiap persoalan yang hadir dalam kehidupan.

                Teringat sekali sewaktu saya di zaman menelaah ilmu di Uitm satu masa dahulu. Kesibukan menjadi pelajar art and design sangat sangat melampau-lampau. Keterlampauan yang tidak dapat diterjermah dalam bahasa pena. Kalau tidak percaya tanyalah pelajar yang pernah ataupun sedang mengikuti Fakulti yang berkaitan dengan seni atau yang sewaktu dengannya.

                Masa terlalu singkat, kehidupan yang dilalui terlalu pantas, sesi kritik.. adalah sesi yang paling digeruni oleh kami semua ..Karya demi karya dituntut oleh pensyarah tatkala hari hadir silih berganti…. .....Sewaktu saya mengikuti pengajian diploma, kehidupan yang saya lalui mula mencabar, Sehingga saya telah menukarkan masa tidur dari malam ke siang.. begitulah saya menghabiskan hari-hari  bagi  melengkapkan 6 semester. Saya kalah dengan pengurusan masa.

                Kecintaan saya kepada seni semakin berkurangan bukan kerana  tidak minat tetapi kerana kehidupan di sana kosong dan tidak menenangkan hati saya. Hati semakin keliru.. berkejar-kejar masa demi menyudahkan karya yang ditagih oleh pensyarah… Nak  plak bila tengok work di kritik , ada yang baling seandainya ia tidak mencapai tahap piawaian sang pensyarah...tak kurang juga yang dilemparkan dengan kata kata cacian dan nista... hanya kerana tidak dapat memenuhi kehendak semasa..  Persoalan demi persoalan yang bermain di hati saya semakin mendesak untuk mencari jawapannya….Selembar demi selembar kecintaan saya pada seni halus pudar ibarat kapas yang berterbangan umpama bantal dihempas memperlihatkan kabus berlari larian mencari arah untuk merdeka… merdeka di alam udara,..dan saya mula beralih arah kepada kecintaan yang lain..bukan sebab apa, tetapi kekasaran orang-orang seni dalam berbicara yang menghilangkan kehalusan seni itu sendiri.. Ini pendapat saya la..Maaf kalau ada yang terasa. Masing-masing ada kebebasan bersuara! 

                Semasa saya berada di awal semester pertama, saya pernah ingin menukar kursus, teringat kembali penemuan saya bersama Encik Nasir untuk memasuki fakulti itu. Namun perancangan saya hampa belaka tatkala saya menyampaikan hasrat saya pada Ketua program ketika itu… Maka tertulislah bahawa saya mendaftar menjadi pelajar seni lukis dan seni reka di Uitm Machang, Uitm Seri Manjung, Uitm Seri Iskandar yang melakarkan 1001 cerita…..

Alhamdulillah walaupun saya bukan yang terbaik tapi saya tetap akan cuba melakukan perkara yang terbaik agar kehidupan saya berubah menjadi lebih baik. Selepas saya mengalami beberapa fasa yang menyedihkan dan menyeramkan saya melangkah ke pengajian perguruan, saya tak lari dari minat melukis dan mewarna, melangkah ke dunia yang mengajak saya lebih mengenal karenah manusia dan hakikat dunia sebenar. Dan bidang inilah banyak memberi ruang untuk saya bersuara dan berkata-kata. Lalu saya mulakan langkah awal dalam sebuah kehidupan menjadi  pelajar pendidik anak bangsa. Di sanalah saya mula belajar menghargai dan menggunakan masa sebaik mungkin......terima kasih Allah

Posted at 07:07 am by ayusolehah
Make a comment  

Monday, September 14, 2009
warna warni aidilfitri

                              Warna   Warni Aidilfitri

Assalamualaikum. hari ini dpt juga berhalaqah dengan kak yati setelah sekian lama diuji dengan masalah teknikal..berperang dengan teknologi….Alhamdulillah namun saya hanya menjadi listener sahaja. Earphone pulak membuat hal, 30 minit yang sangat bermakna di pertengahan Ramadhan .. untuk memotivasikan diri..didoakan dapat meningkatkan iman ke tahap semaksima di kala pertengahan Ramadhan yang semakin tenggelam dek syawal yang terlalu dinantikan…semakin berusia semakin hilang nikmat menyambut syawal berbanding zaman kanak-kanak, waktu itu saya lebih mendambakan syawal kunjung tiba tanpa pengertian yang bermakna.

                Saya masih teringat zaman kanak-kanak tika Ramadhan menjelma, saya sangat teruja dengan bantuan dan sedekah yang  diterima… duit, baju raya, majlis berbuka puasa, beras dan macam2 lagi disedekahkan untuk saya dan keluarga.... kenapa bagi pada saya?  Jawapannya  sebab saya anak yatim tidak berbapa….Tanpa banyak soal saya menerima tanpa sebarang syak wasangka.. Ada satu waktu di sekolah saya dipanggil untuk diwawancara sebelum layak menjadi  si penerima.. "mak bagi duit raya tiap-tiap tahun berapa? Saya cakap mana ada?cikgu tu tak percaya.. Mana mungkin saya berdusta pada bulan puasa.. saya pun takut dosa nanti sia-sia puasa….dia terus bertanya kenapa? Saya pun bercerita mak saya cakap hari-hari dia bagi duit raya. ..lagipun mak saya cakap bulan puasa saya dah kaya dari hari hari biasa…Cikgu tu terus ketawa….. hati pun terus berkata-kata.. apala cikgu ni ketawakan saya ..berjenaka pulak dia..rasa marah pun ada..padahal cikgu tu hanya menjalankan tugasnya…kesian dia….jangan marah yer cikgu.

Tatkala ibu saya bersedih menanti Pagi Raya..Saya dan adik pula  semakin melonjak gembira.. expedisi mengutip duit raya akan bermula..hip hip hooray!  Seawal pagi kawan-kawan, sepupu sepapat menanti di pintu rumah….. takut ada yang tertinggal, terasa, merajuk akhirnya meninggalkan satu nostalgia iaitu "merajuk di pagi raya"dan muka berubah semacam cuka..…… Menunggu sehingga cukup korum baru kami bermula..Kami beraya  dari satu rumah ke satu rumah.. Siap perancangan lengkap  lagi rumah mana kami bermula dan berhenti rehat seketika untuk menjamah kueh raya jika kami kehabisan tenaga… Oleh kerana amalan ini menjadi acara tahunan jadi senang kami untuk mengatur segala-galanya…tak cukup dengan poket baju kurung ada plak galas beg bersama…hahaha macam-macam gaya…mujur time ni tiada kemera kalau tidak ..erm  tidak dapat saya gambarkan betapa comotnya saya dan betapa hebatnya kami semua ….Sampai ke petang kami mengutip duit raya.. letih bukan kepalang, penat tidak terkata..namun pengertian syawal hanyalah pada material semata-mata…Berakhir dengan pengiraan duit raya..acara kemuncak pada sebelah malamnya. Selepas itu mulala sibuk bertanya. Siapakah yang menjadi juara ? johan kutip duit raya..Yang pasti, tentulah bukan saya. Kerana saya tidak pandai atau bahasa yang lebih indah saya tak suka mengira…asyik salah saja!

                Menziarahi pusara ayah amalan yang biasa, saya hanya tahu kematian bapa namun saya tidak merasa sesedih mana, kerana saya kehilangan abah ketika saya baru mengenal allif,ba, ta. .. kadang-kadang semacam sedih juga namun pada waktu itu  perpisahan dan kematian belum lagi berjaya meruntun jiwa ...saya tidak rasa kekurangan apa-apa. Cuma saya sedar abah sudah tiada bertemu pencipta.. dan saya mula menanam keyakinan suatu hari nanti saya pasti berjumpa juga  di  syurga.. tapi entah tak tahu bila?…. Dan mak pula cuba  sedaya upaya untuk memberi  yang terbaik dalam kehidupan kami bertiga.....

                Dari hari ke hari saya mula bertanya? Pertanyaan yang tiada kesudahan…Kehilangan ayah membuatkan saya menjadi ingin tahu rahsia kehidupan..Namun soalan saya banyak dipendamkan kerana pada usia itu saya tidak petah berbicara dan tiada medan untuk seisi luahan rasa.   Saat itu tiada  sesiapa pun mampu memberi jawapan yang sempurna.. mengurangkan sesak di dada….Ketidaksempurnaan hidup dan ketidakadilan duniawi kian saya terasa  ia seakan mengusik hati untuk mencari satu jawapan yang luar biasa.

                Setelah umur kian meningkat dewasa, satu persatu kawan saya hilang dari pandangan mata... Malu mula menghiasi rupa. Ramadhan mula mengisi jiwa……terawih menjadi amalan kami bersama sama. Seandainya saya melakukan apa-apa yang tiada makna, hati mula berkata, mesti Allah murka.. abah disana lagi kecewa . Itulah mainan kata-kata yang berdetik di lubuk jiwa  tatkala diri  terjerumus dengan kegiatan yang berdosa.. "ROBBIRFIRLI WALIWALIDAIYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO"….semoga Abah ditempatkan di tempat orang yang beriman.. amin

Posted at 08:19 am by ayusolehah
Make a comment  

Wednesday, September 09, 2009
sembang vs cerita

                            Sembang Vs Bercerita

Mengajar pada bulan Puasa adalah sesuatu perkara yang luar biasa dari kebiasaan. Jam tepat 11.20 ada lagi satu kelas lagi… Fuh.. suaraku semakin tenggelam dek suara anak murid yang ku cinta… Mereka seorang seorang masuk ke dalam kelas. Tekak ku semakin sakit perit tatkala aku memaksa suaraku keluar  dan kulontarkan supaya memecah keheningan panorama kelas yang dikuasai oleh majority suara pelajar yang khusyuk bersembang. Mungkin percutian seminggu meninggalkan nostalgia yang menarik sehingga saat ini mereka belum kehabisan modal untuk bersembang , bersembang dan terus bersembang….. Aku tidak mempunyai suara yang power seperti mualimah mualim lain yang akan digeruni oleh pelajar seandainya mereka terlanjur berbicara sehingga  buta melihat  siapa di berdiri di depan dan  keistimewaan inilah selalunya pelajarku mengambil kesempatan untuk meneruskan misi mereka untuk terus menjadi sang pencerita….

            Hari ini mereka mencatat nota.. tentang anyaman, insyaallah esok mereka akan menganyam tikar….satu demi satu tertewas merebahkan kepala di meja sambil menyalin nota..menunjukkan kekurangan tenaga untuk  menyalin nota seperti keadaan biasa.. Yang ku pelik ada juga pelajar yang tidak berpuasa  yang lagi over letihnya dari  yang berpuasa… alahai, jadi  selepas  15 minit  pertama aku beri pelajar 5 minit untuk berehat…..tapi yang ku pelik time take 5 mereka kembali mengangkat muka dan menyambung bercerita dari isu dunia sehinggalah ke persada seni hiburan…. Pelik tapi benar! Inilah fenomena di sekolah menengah, classmate adalah teman berbicara ,bercerita  dan sekaligus menjadi tempat mengadu domba…kadang-kadang tahap penceritaan mereka seolah  tiada lagi esok untuk selamanya..inilah  perkara yang merobek hatiku tatkala aku mengajar di hadapan….Sabar,sabar, sabar dan akhirnya  meletup .. dan saat ini terkeluarlah ayat-ayat cinta di luar kawalan untuk memberi  iklan pada cerita mereka…… dan selepas itu aku memujuk kembali  mereka kenapa aku bertindak begitu.. kalau tidak mana mungkin diorang  akan berhenti..kalau setakat bagi signal diam!    Dek penangan tabiat bersembang yang menular di dalam kelas Sempat juga aku membuat survey.. rupa-rupanya mereka tidak mempunyai teman berbicara dan tiada pendengar setia di rumah, namun yang ada teman dirumah mengatakan yang ada di rumah tidak sehebat teman di sekolah..ini ujian  pada mereka tatkala kaki melangkah ke rumah, tiada penghuninya keluar mencari rezeki yang bertebaran di muka bumi yang bernama Malaysia…

            Tinggal  15 minit masa untuk pulang, pelajar rata-rata sudah siap salin nota,  maka aku  pun mula la bercerita out of topic.. mengisi masa-masa terluang untuk makanan rohani meskipun pelajar non muslin sama ramai dengan muslim…aku pun bercerita, cikgu ada tengok iklan rokok terbaru .. apa pandangan kamu? Memandangkan iklan adalah salah satu topic kecil dalam multimedia ia menjadi sesuatu yang hebat untuk dikritik… jangan tersalah. anggap.ini bukan kritikan seni semata-mata.. sekadar perkongsian pandangan, salah seorang student memulakan bicara Ala cikgu, saja mau kasi orang takut,… ada lagi yang mencelah ala cikgu kalau boleh control tak kan jadi teruk macam tu, setakat hisap 2,3 batang sehari mana boleh jadi macam tu… tiba-tiba ada suara yang kuat muncul.. ala hisap rokok ka tak hisap rokok ka mati jugak.. baik hisap rokok..Disambut tepukan kecil oleh teman-teman seperjuangannya. aku pun memulakan berbicara….. kalau setakat sebatang rokok kamu tak mampu menahan diri untuk menghisap mana mungkin kamu dapat  mendisiplin  kuantitinya… macam pepatah sikit –sikit lama lama jadi bukit. Ingat! permulaan orang kearah najis dadah, kebanyakkannya bermula dari rokok…. Tapi bukan semuakan cegu sampuk pelajarku… aku pun meneruskan hujah ku ia, bukan semua, tapi kebanyakkannya.. Namun kerana ketidakpuasan hati seorang pelajar dia menarik perhatian semua,,, ala mati tetap mati , hisap ke tidak..Saya terus menjawab.. Memanglah mati tetap mati, namun adakah kamu mahu mati disebabkan rokok!  Saya pun menyambung.. Mati memang tetap mati.. itu sesuatu yang pasti saya ada anda perokok mahupun tidak! Itu memang sudah tertulis.. Sekarang ni cikgu ulas pasal bahaya rokok. Dan iklan menunjukkan kesan merokok dan yang paling klimaks mati kan.. ok dengar  cerita ini.. kamu diberi 2 pilihan satu seorang pelajar perempuan … bersambung

Posted at 08:38 am by ayusolehah
Make a comment  

Don't buy Vista Security
Next Page


+ + + + + + +

Profile

 

ayusolehah
Female
Malaysia

Rohayu Binti Abdullah nama diberi..anak kepada
Asnah Ismail dan Abdullah,
Tanggal 20 12 2008 menjadi saksi
ikatan 2 jiwa, 2 hati dan bersaksi
menjadi teman pendamping diri
tautan hati pada insan yang bernama Hafiz.. kepada sesiapa yang ada pertanyaan /perkongsian mushkilah /atau penambahan ilmu .. Kerana Allah subhanawwataala..
silalah email ke tiberian_sun202003@yahoo.com
AHLAN WASAHLAN

Tag Board

   
Calendar

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Links







Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al_Qur'an dan mengajarkannya
( HR. Bukhari )


SAHABAT SAHABAT ( UKHTI )

N.Adni Adnan
N.Adni Adnan 2
Aida Maysarah
Al Amirah Najwa
Nuraisyah Yunee
FathimWirdayu
Kak Anfal
Hanis Farhana
Kak Lisa
Yusrina
Asma'
Musfirah
Nurjannah
Sumayyah

Subhanallah, Cantiknya Ciptaan Yang Maha Esa

SAHABAT SAHABAT ( AKHI )

Maherilham
Kapten Hafiz
Saufi
Ustaz Maszlee
Ustaz Asri

LAMAN WEB TARBIYAH

Saiful Islam
Harun Yahya
Paksi
Palestin
Malaysia kini
Info Dakwah
Jim
Paksi
Islam online


Aku tidak menjadikan Jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada- Ku ( Q:51:56 )
anda pelawat ke